FIT Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023
On-Ground Event
Registration Duration
29 Aug 2023 - 11 Oct 2023
Event Duration
Start: 14 Oct 2023 06:30 AM
End: 14 Oct 2023 12:00 PM
Event Venue
Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya
Race Kit Collection
12 Oct 2023 - 13 Oct 2023
12:00 PM - 09:00 PM
Race Kit Collection Venue
Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya
Category
Category 1 | Half Marathon 21KM - Atas 45 tahun (Lelaki) |
Category 2 | Half Marathon 21KM - Atas 45 tahun (Wanita) |
Category 3 | Half Marathon 21KM - 36 – 45 tahun (Lelaki) |
Category 4 | Half Marathon 21KM - 36 – 45 tahun (Wanita) |
Category 5 | Half Marathon 21KM - 26 – 35 tahun (Lelaki) |
Category 6 | Half Marathon 21KM - 26 – 35 tahun (Wanita) |
Category 7 | Half Marathon 21KM - Bawah 25 tahun (Lelaki) |
Category 8 | Half Marathon 21KM - Bawah 25 tahun (Wanita) |
Flag Off Details
Tarikh/Hari: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Masa: 8.30 malam
Slot PERCUMA
Pengambilan Kit Peserta
Route
Lucky Draw
Maklumat Acara
Kategori Acara
Kit Peserta Half Marathon
Soalan Lazim (FAQs)
MAKLUMAT PENYERTAAN ACARA
1. Bila dan di manakah acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan?
Acara ini akan dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di *Pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya
*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan daripada semasa ke semasa.
2. Bolehkah saya menyertai acara ini secara dalam talian?
TIDAK. Acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan secara fizikal dan TIDAK tersedia secara hibrid atau dalam talian.
3. Bilakah pendaftaran acara Fit Malaysia akan ditutup?
Pendaftaran acara Fit Malaysia akan ditutup apabila jumlah penyertaan mencecah 10,000 penyertaan.
4. Berapakah had umur minima untuk penyertaan acara Fit Malaysia Kebangsaan 2023?
Tiada had umur ditetapkan bagi penyertaan acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Bagaimanapun, peserta yang berumur di bawah usia 18 tahun boleh hadir bersama pengiring dewasa dan mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga yang sah sebelum menyertai acara ini.
5. Bolehkah saya menyertai acara Fit Malaysia Kebangsaan tanpa mendaftar terlebih dahulu?
Anda masih boleh menyertai acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 tanpa mendaftar terlebih dahulu. Namun, anda akan terlepas peluang untuk mendapat t-shirt, medal, snek makanan dan peluang cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai melebihi RM20,000.00!
6. Bolehkah saya menyertai pelbagai acara dalam Fit Malaysia Kebangsaan?
TIDAK. Seorang individu hanya boleh menyertai SATU acara utama sahaja iaitu Half marathon, fun ride, fun run atau fun walk. Bagaimanapun, tiada halangan untuk menyertai lain-lain program sampingan yang diadakan bersempena Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
7. Adakah peserta yang menyertai Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini dilindungi insurans?
Ya, peserta yang menyertai Fit Malaysia Kebangsaan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan mendapat perlindungan insurans semasa menyertai acara ini.
8. Bagaimanakah saya boleh mengesahkan pendaftaran saya telah berjaya?
Setelah selesai pendaftaran, anda akan melihat pesanan “Berjaya” di skrin dan mendapat pengesahan pendaftaran melalui e-mel. Anda juga boleh menyemak status pendaftaran anda melalui aplikasi Heyjom.
9. Saya telah mendaftar tapi tidak menerima e-mel pengesahan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan, sila semak dalam folder Spam, junk, promotions, social atau tab lain di peti pesanan (inbox) anda. Anda juga boleh melihat status pendaftaran anda melalui aplikasi HEYJOM.
Sekiranya anda masih tidak menjumpainya, sila hubungi urus setia teknikal (helpdesk) di info@heyjom.com dengan menyertakan butiran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan bukti pembayaran anda.
10. Bolehkah saya menukar kategori saya selepas saya melengkapkan pendaftaran?
TIDAK. Anda tidak boleh menukar kategori acara setelah mengesahkan penyertaan.
11. Bolehkah saya memindahkan pendaftaran saya kepada orang lain sekiranya saya tidak dapat mengikuti acara ini?
TIDAK. Pendaftaran peserta bagi acara Half Marathon tidak boleh dipindah milik. Bagaimanapun, anda boleh berbuat demikian tanpa merujuk kepada penganjur bagi acara lain iaitu fun run, fun ride dan fun walk. Adalah diingatkan yang yuran penyertaan tidak akan dikembalikan setelah peserta melengkapkan pendaftaran.
12. Bolehkan saya mendapat pemulangan semula yuran penyertaan sekiranya saya bercadang untuk tidak mengikuti acara ini setelah melengkapkan pendaftaran?
TIDAK. Yuran penyertaan tidak boleh dikembalikan setelah selesai pendaftaran.
13. Adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19 sebelum menyertai acara ini?
TIDAK. Namun, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan gejala dan kesihatan secara kendiri dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Fasa Peralihan Ke Endemik #ReopeningSafely. Sila semak SOP di pautan https://www.mkn.gov.my/web/ms/fasa-peralihan-ke-endemik/
14. Saya merupakan seorang pelari yang bukan warganegara Malaysia dan kini sedang bekerja / belajar di Malaysia. Bolehkah saya mengikuti acara ini?
Penyertaan bagi acara Half Marathon hanya TERHAD bagi warganegara Malaysia sahaja. Namun, anda masih boleh menyertai lain-lain acara di bawah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
KIT PESERTA
1. Apakah yang akan saya terima di dalam kit peserta saya?
2. Bolehkah saya menukar saiz t-shirt saya selepas mendaftar?
TIDAK. anda tidak dibenarkan untuk menukar saiz t-shirt setelah selesai mendaftar.
3. Bolehkah saya memilih saiz yang berbeza bagi event tee dan finisher tee saya?
TIDAK. Event tee dan finisher tee akan menggunakan saiz yang sama.
BERKENAAN PENGURUSAN AKTIVITI
1. Adakah peserta perlu memakai nombor bib semasa menyertai acara?
Peserta WAJIB memakai nombor bib semasa menyertai acara Fit Malaysia. Pihak penganjur berhak untuk menafikan peserta untuk turut serta dan mendapat keistimewaan penyertaan Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 sekiranya peserta gagal untuk memakai nombor bib semasa aktiviti. NO BIB NO MEDAL.
2. Bilakah masa pelepasan peserta?
Masa cadangan pelepasan adalah seperti di lampiran. Masa pelepasan adalah 7.00 pagi bagi acara berbasikal 30 KM dan 10 KM, acara larian 10 KM dan 5 KM serta acara jalan kaki 3 KM. Masa pelepasan peserta bagi acara Half Marathon pula di sebelah malam pada jam 8.30 malam.
*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan daripada semasa ke semasa.
3. Berapakah masa cut-off bagi acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023?
Masa kelayakan bagi acara Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 adalah seperti berikut:
4. Sekiranya saya tidak menghabiskan aktiviti dalam tempoh masa yang dinyatakan, adakah saya masih layak untuk menerima finisher medal dan finisher tee?
TIDAK. barangan finisher seperti medal dan snek makanan hanya diberikan kepada peserta yang memakai nombor bib dan melengkapkan aktiviti sahaja. Tambahan 21KM finisher tee akan diberikan khas kepada peserta Half Marathon sahaja di garisan penamat.
5. Adakah perkhidmatan penyimpanan beg disediakan?
Perkhidmatan penyimpanan beg disediakan di kawasan acara di mana peserta boleh menyimpan beg mereka buat sementara ketika melakukan aktiviti. Peserta perlu menunjukkan nombor bib mereka bagi perkhidmatan tersebut.
Kaunter penerimaan beg hanya akan menerima satu (1) beg yang berkunci atau bertutup sahaja bagi seorang peserta. Penganjur tidak bertanggungjawab akan sebarang kehilangan, kerosakan barangan atau kelewatan dalam mendapatkan semula beg tersebut. Para peserta digalakkan untuk tiba satu (1) jam sebelum masa pelepasan mereka bermula bagi urusan penyimpanan beg tersebut.
6. Bolehkah saya menyertai acara ini sekiranya saya didapati mengandung?
Pihak penganjur tidak menggalakkan penyertaan peserta yang mengandung di mana sebarang penyertaan adalah di atas risiko dan tanggungjawab peserta itu sendiri.
7. Bolehkah saya berlari dengan menggunakan kereta sorong (stroller)?
Penyertaan acara larian menggunakan kereta sorong adalah di bawah tanggungjawab peserta sepenuhnya dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kemalangan dan kecederaan yang berlaku akibat penggunaan kereta sorong semasa aktiviti.
PENGAMBILAN KIT PESERTA
1. Apa yang perlu saya kemukakan semasa mengambil kit peserta?
2. Bila dan di manakah pengambilan kit peserta?
Pengambilan kit peserta adalah pada 12 - 13 Oktober 2023 di WP Putrajaya. Lokasi sebenar akan dimaklumkan kepada peserta melalui emel atau portal rasmi dan media sosial JBSNegara sebelum tarikh tersebut.
3. Bolehkah saya mengambil kit peserta bagi pihak orang ketiga?
Boleh dengan syarat anda mengemukakan bersama soft copy salinan kad pengenalan dan slip pengesahan pendaftaran peserta tersebut.
4. Saya berada di luar kawasan dan tidak dapat mengambil kit peserta semasa hari pengambilan kit peserta tersebut. Bolehkah saya mengambil kit peserta semasa hari acara berlangsung (14 Oktober 2023)?
Tiada pengambilan kit peserta diadakan pada 14 Oktober 2023. Anda disarankan untuk memilih perkhidmatan penghantaran kit peserta. Penganjur menyediakan penghantaran kit peserta secara percuma terhad kepada 5,000 peserta terawal yang mendaftar.
5. Bilakah saya akan menerima kit peserta saya sekiranya saya memilih pilihan penghantaran?
Penghantaran kit peserta dijangka tiba *1 minggu sebelum acara bermula.
*Tertakluk kepada perubahan.
Terma dan Syarat (T&Cs)
EVENT REGISTRATION
EVENT PARTICIPATION
Butiran Penganjur
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: